KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan Ketua Setia Usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali.
Dalam kunjungan lebih satu jam itu membincangkan isu berhubung pembangunan industri seperti peruntukan untuk pembinaan taman perindustrian kepada Sarawak.
Pertemuan tersebut turut membincangkan perancangan usahasama yang lebih untuk meningkatkan pelaburan ke Sarawak.
Turut hadir Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED Dzolkarnain Masron, Penasihat MINTRED Datuk Naroden Majais, Setiausaha Tetap MUDERN, Datu Zaidi Mahdi.
Sumber dari : Jiwa Bakti